Nota Tanyalah Ustaz | 5 Perkara Berhadapan Ujian Kematian
4:15 PM
Mati, mati itu pasti. Bila dan di mana sahaja kita tidak tahu jawapannya. Sekiranya kita mengalami musibah kematian terdapat 5 perkara yang perlu diutamakan.
1. Elakkan menangis yang melampau seperti meraung. Menangis dibenarkan tetapi berpada-pada.
2. Pengurusan jenazah, jenazah yang nampak kecuali mati syahid perlu dimandikan dan ditanam. Jenazah yang tiada pengenalan diri, lihat samada bersunat atau tidak. Kalau bersunat uruskan sebagai islam.
Jenazah tidak nampak sebab tidak jumpa mayat, sekiranya ada bukti seperti jumpa baju mangsa ada kesan darah baru boleh isytihar meninggal. Sekiranya tiada bukti, kena rujuk mahkamah syariah. Setelah diputuskan oleh mahkamah, perempuan yang kematian suami kena edah 4 bulan 10 hari. Yang mengandung kena tunggu sehingga bersalin.
3. Pembahagian harta. Sebelum isytihar harta pusaka, isteri yg ditinggalkan kena isytihar 3 perkara iaitu harta sepencarian, nafkah tertunggak dan hutang-hutang simati.
4. Tanggungan simati. Kalau simati ada buat kesalahan, kita maafkan. Kalau ada hutang, boleh tuntut atau halalkan. Kalau kita ada buat kesalahan pada simati, ada 2 cara minta maaf. Pertama, semasa buat amal kebajikan niatkan pada si mati dan yang kedua berbuat baiklah kepada orang yg simati sayang.
5. Amalan terputus kecuali 3 iaitu sedekah, ilmu yg bermanfaat dan doa anak soleh. Nasihat ustaz, cuba luangkan satu waktu bersama anak, pegang tangannya dan pesan pada anak, bila mak atau ayah sudah meninggal nanti, doakanlah untuk mak dan ayah. InsyaAllah anak-anak akan ingat pesanan ini bila kita meninggal nanti.
0 comments