4 Adab Apabila Ditimpa Musibah

7:24 PM

Pernah atau tidak berlaku pada kita apabila berdepan dengan musibah dan kita tanya Allah, kenapa aku? Kenapa aku diuji begini? Ada 4 adab apabila kita ditimpa musibah atau ujian.

  1. Redha, tahu dengan jelas, sedar bahawa ujian ini daripada Allah. Berlakunya ujian ini dengan izin Allah.
  2. Berbaik sangka dengan Allah SWT. Pasti ada hikmah kebaikan yang Allah hendak bagi kepada kita.
  3. Bertafakur, berfikir apa agaknya? Kenapa kita? Pasti ada benda-benda yang baik bakal berlaku. Kita bertafakur dan ambil ikhtibar.
  4. Doa dan ikhtiar. "Wahai Allah, berikanlah hidayah kepadaku dan luruskanlah jalanku" Doa dan ikhtiar perlu seiring. Apa ikhtiar kita untuk memastikan jalan hidup kita benar-benar berada di jalan Allah.


Berdoalah. Dalam berdoa tiada istilah menyalahkan takdir kerana kita sebagai manusia diberi pakej oleh Allah SWT , ada akal, ada bimbingan pada Al-Quran, ada Rasulullah SAW yang merupakan Al-Quran bergerak, menunjukkan tatacara hidup islam ini.

sumber teks : Ustazah Norhafizah, Usrati ~ Terapi Doa Dalam Rumahtangga
sumber gambar : muse'sang

You Might Also Like

0 comments