Tentang Nadya Nikman

6:20 AM

Bismillah. Entry pengenalan bagi blog nadyanikman. Syukur Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menulis entry pertama ini.

Nama sebenar Khairun Nadya Nikman, diberikan sempena nama seorang gymnast Nadia Comaneci. Ejaan diubah sedikit supaya tidaklah nampak sangat. Kesemua adik beradik bermula dengan nama Khairul bagi lelaki dan Khairun bagi perempuan.

Dilahirkan pada Ogos 1981 di Kampung Kuala Triang, Pahang dan membesar sebagai anak jati pahang. Mula keluar dari Pahang ketika berumur 16 tahun kerana melanjutkan pelajaran di MRSM Kuala Terengganu. Menyambung pembelajaran di beberapa tempat dan akhirnya berjaya mendapatkan segulung diploma dan segulung ijazah dalam Kejuruteraan Perisian. Sekarang masih lagi bertugas di sebuah Badan Berkanun sebagai pengaturcara.

Sebenarnya bukanlah jiwa peniaga, hanya setelah jatuh cinta dengan produk kesihatan yang di ambil dan ramai kawan-kawan bertanya baru lah melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Setelah hampir setahun menjual sedikit pada kawan-kawan dan secara online, akhirnya mendaftarkan perniagaan iaitu Nad Cantek Resources.

Banyak ilmu baru yang dikumpul sepanjang menjalankan perniagaan yang seratus peratus hanya menggunakan medium blog dan facebook sahaja. Akhirnya disebabkan mahu membantu orang lain berniaga secara atas talian, satu lagi bidang perniagaan ditubuhkan iaitu NadyAzuma Services. NadyAzuma Services menyediakan perkhidmatan membina blog, mengajar cara membina blog perniagaan serta perkhidmatan ‘personal coaching’ bagi mereka yang memerlukan bimbingan dalam perniagaan online.

Walaupun belum mempunyai zuriat namun jiwa meronta-ronta untuk menjadi WAHM (Working At Home Mum). Salah satu sebab mengapa menyertai kelas Asas Blog Anjuran Puan Masayu adalah disebabkan baru mengalami keguguran. Rezeki zuriat belum ada stelah menunggu hampir 5 tahun. Ada sedikit kekesalan kerana di awal usia kehamilan, masih lagi mementingkan tugasan berbanding diri sendiri. Atas sebab ini, mencari alternatif supaya dapat berhenti kerja dan kerja di rumah sahaja.

Matlamat yang ada sekarang adalah mengembangkan perniagaan Nad Cantek Resources dan juga NadyAzuma Services. Mungkin lagi setahun dua mampu bekerja di rumah sahaja. InsyaAllah. Salam sayang untuk semua.



You Might Also Like

0 comments