Ceramah Pra Ramadhan : Ketenangan Jiwa

10:18 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

"Orang yang Allah pilih untuk jadi cemerlang dan hebat, maka Allah akan baginya pemahaman dalam agama."

"Barang siapa yang melangkahkan kakinya utk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan langkahnya menuju syurga"

Allah, Allah. Pagi ini Alhamdulillah, diberi peluang untuk ke majlis ilmu anjuran Jabatan Korporat Perbadanan Putrajaya. Sebenarnya sudah terlupa dan agak terlambat. Majlis bermula 8.30 dengan bacaan Yassin, saya bergerak ke dewan pukul 8.50. Dalam hati, sudah lambat dan sudah 50-50 untuk pergi namun Allah kuatkan hati untuk pergi juga.

Sesampai di dewan, belum mula pun bacaan yassin. Sedang elok duduk, baru bacaan bermula. Subhanallah, Maha suci Allah atas kesempatan ini. Jadi di waktu senggang ini, saya titipkan nota daripada ceramah bertajuk Ketenangan Jiwa yang disampaikan oleh Ustaz Adeni Mohamad. InsyaAllah.



Ketenangan Jiwa

Kenapa tidak tenang? Perlu cari punca-punca tidak tenang. Ada 4 perkara yang perlu kita awasi yang Ustaz kongsikan.

1.    Jangan Bersungut / Merungut
Seorang petani mengeluh kerana hari-hari kena panas. Dia cemburu dengan matahari dan ingin jadi seperti matahari. Suatu malam, dia bermimpi menjadi matahari. Seronok kerana boleh memancarkan cahayanya sesuka hati. Di dalam mimpinya, tiba-tiba datang awan yang menutup matahari, membuatkan dirinya mahu menjadi awan pula. Sebab dalam mimpi kan, jadi tup-tup dia jadi awan. Seronok boleh bergerak sana sini sehinggalah tersangkut di tepi gunung. Ingatkan jadi awan dah hebat, rupanya gunung lagi hebat. Dia mahu jadi gunung pula. Rasa besar dang ah menjadi gunung sehinggalah dia Nampak seorang petani sedang meruntuhkan dirinya sedikit demi sedikit di kaki bukit. Sangkanya jadi gunung sudah hebat berbanding matahari dan awan, rupanya jadi petani lagi hebat. Akhirnya dia tersedar dan berhenti bersunggut dengan apa yang dia ada. Moral cerita ini ialah, apa yang kita ada hari ini, itulah yang terbaik untuk kita. Allah takkan bebankan seseorang melainkan dengan apa yang dia termampu.

2.      Berbuat Dosa Namun Tidak Bertaubat
Seringkali kita berbuat dosa namun terlupa untuk bertaubat. Sentiasa mohon keampunan daripada Allah.

3.      Iri Hati
Kita jangan iri hati dengan apa yang orang lain ada. Sentiasa bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmatnya.

4.       Berpaling Dari Mengingati Allah
Orang yang berpaling dari nikmat Allah, akan disempitkan kehidupannya.

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah waktu di mana pintu syurga akan dibukan dan pintu neraka akan ditutup. jadi kita perlu ambil peluang semaksima mungkin namun janganlah buat amal ibadat pada bulan Ramadhan sahaja. 

5 Langkah Mendapat Ketenangan Jiwa.

Ustaz ada kongsikan 5 langkah atau kaedah untuk mendapat ketenangan jiwa yang sebenar.

1.  Sayangi semua manusia.
Allah mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah nak tunjukkan Allah Maha Penyayang. Sayang menyayang adalah sebagai permulaan kepada segala perbuatan.

Masa Jibrail mula-mula ajar Rasulullah sallahualaihiwassalam membaca Jibrail mengatakan Iqra, namun Rasulullah sallahualaihiwassalam tidak tahu membaca. Jibrail katakanlah lagi sekali Iqra! dan Rasulullah sallahualaihiwassalam menjawab tidak tahu. Akhirnya Jibrail memeluk Rasulullah. 

Ustaz nak sampaikan, andai kata anak kita malas, degil atau tidak mendengar kata, apa yang perlu kita buat bukan pukul, kita perlu peluk mereka. Berikan kasih sayang, kerana kasih sayang adalah jawapan kepada segala permasalahan.

2.   Banyakkan berzikir.
Antara zikir yang hebat ialah Bismilllahirahmanirrahim. Amalkan bismillah di setiap perbuatan. Antara lain adalah amalkan waktu solat sebagai waktu kita berbicara dengan Allah. Kita perlu sandarkan hati kita pada Allah.

3.   Doa.
Doa merupakan perkara yang Allah paling suka dan tunggu dari hambaNya namun kita selalu gagal meminta. Antara waktu doa mustajab adalah berdoa di antara 2 khutbah. Isteri-isteri boleh pesan pada suami untuk berdoa di waktu ini. Waktu sujud terakhir juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa. 

Salah satu sebab Allah bagi musibah pada kita kerana Allah mahu kita berdoa pada Nya. Adab berdoa ialah :
  1. Bertahmid, memuji Allah
  2. Doakan ibu dan ayah
  3. Doa mohon mati dalam keadaan khusnul khatimah
  4. Doa apa yang kita hajati
4.   Memilih kawan yang baik. 
Dengan siapa kita berkawan sekarang, akan menentukan siapa kita akan jadi 5 tahun akan datang

5.   Selesaikan segala masalah  dengan cara yang berhikmah. Andainya masalah itu memerlukan campurtangan orang ketiga, cari orang yang betul untuk bantu selesaikan masalah tersebut.

Ketenangan yang kita cari adalah rahmat dari Allah. Syurga diberikan kepada kita bukan sebab pahala namun adalah disebabkan kasih sayang dan rahmat dari Allah.

You Might Also Like

0 comments