Cara Menetapkan Matlamat
12:42 AMNota dari kelas #cloroxbisnesBRC
Cara untuk menetapkan matlamat :
- Yakin gila-gila, ia adalah apa yang kita nak.
- Pecahkan matlamat jadi pecahan kecil. Umpama satu kek besar, boleh makan sikit-sikit.
Contoh:
Kita mahu untung RM1,000 sebulan. Katakan jumlah profit (untung bersih) bagi satu item adalah RM30. Jadi 1 bulan perlu jual 33.33, lebih kurang 34 pcs. 1 bulan ada 30 hari jadi 1 hari perlu jual 1.15 pcs sahaja. Kita genapkan jadi 2 pcs untuk satu hari. 2 pcs satu hari lebih mudah dicapai dari memikirkan 34pcs 1 bulan. Setuju dengan saya?
Apapun ada 3 perkara perlu kita buat bila sudah mengetahui berapa perlu kita jual 1 hari.
- Percaya pada sistem yang dibina. Sistem ni salah satu contoh SOP.
- Tahu limit diri kita. Letakkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai.
- Pada masa yang sama, cari apakah point kita yang paling kuat. Pegang dan kukuhkan point tersebut.
Cara untuk mengelakkan putus asa
- Dalam perjalanan menuju matlamat, perlu ada GPS yang dapat mengukur prestasi kita.
- What gets measured, gets improved
- Know your WHY. The stronger WHY kita, makin susah untuk putus asa.
Tips Tuan Bukhari Ramli
- Waktu pagi, ambil masa lebih kurang 1 jam untuk rancang apa perlu kita buat hari ini.
- Waktu malam, ambil masa lebih kurang 1 jam untuk review apa yang sudah kita buat dan rancang perkara yang perlu kita buat untuk esok hari.
- Hari ahad, ambil masa untuk rancang aktiviti bagi seminggu.
0 comments