2 Saat Penting

11:16 PM

Seringkali saya bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan atau respon kepada sesuatu kejadian. Juga seringkali saya kesal pada tindakan yang telah saya lakukan.

Sahabat-sahabat pernah dengar cerita seorang pemuda membawa puntung api ke sana ke mari kerana mahu membakar syurga dan neraka?  Ini kerana pemuda tersebut mahu semua manusia yang ada di dunia ini beribadat bukan semata-mata mahu masuk syurga tetapi beribadat kerana Allah Taala.

Mulai dari saat ini, apa sahaja tindakan atau tutur kata, akan saya tanya dahulu pada diri sendiri. "Allah suka aku buat ini?" Atau "Allah marah tak kalau aku cakap begini?"
Redha Allah yang dicari, andai itu yang kita dapat tiada apa-apa lagi yang kita perlu kejar di dunia ini.


Memetik tulisan Prof Dr Muhaya dalam buku celik mata dan jiwa.
" Fokus utama adalah keredhaan Allah di dunia untuk selamat di akhirat.  Perlu ada 3 pencen kubur iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat".
1. Anak Yang Soleh
Anak yang soleh boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapanya dan menjaga kedua ibu bapa semasa mereka tua.
2. Sedekah Jariah
Perbanyakkan sedekah kepada fakir miskin, membantu masjid dan lain-lain amalan yang memberikan ganjaran pahala yang boleh dibawa sebagai bekal di akhirat kelak.
3. Ilmu Yang Bermanfaat
Carilah ilmu yang bermanfaat yang boleh membantu kita membuat kebaikan yang akhirnya orang lain mendapat manfaat yang baik daripadanya.
InsyaAllah. 


You Might Also Like

0 comments