Selamat Datang 2014

7:26 PM

Bismillah. Hari ini 1 haribulan 1 2014. Hari pertama bagi tahun 2014. Di wall Facebook banyak status tahun baru dan gambar-gambar meraikan tahun baru.

Tinggal di Putrajaya menjadikan malam tahun baru adalah malam yang sangat meriah. Pengunjung dari luar Putrajaya turut sama memeriahkan malam tahun baru. Lokasi rumah yang sangat berhampiran dengan tempat menyambut tahun baru menyebabkan saya dapat melihat kemeriahan konsert yang diadakan. Dari balkoni rumah boleh lihat pertunjukan bunga api yang berdentum dentam seperti bom di sana sini. Bunyinya menakutkan seolah-olah peperangan sedang berlaku.

Berbeza tahun ini, malam tadi saya tidur awal setelah solat isyak. Kepala dan badan yang sakit akibat demam yang menyerang. Sudah lama tidak demam, kali ini Allah bagi supaya badan dapat merehatkan diri. Encik suami tiada di sisi kerana outstation.  Biasanya bila demam encik suami akan masak sup ayam untuk mempercepatkan proses kebah. Hirup sup panas-panas dan pakai baju panas memang peluh akan mengalir keluar. Bila tidur pun lena sahaja dan esok pagi insyaAllah demam sudah kebah.

Malam tadi gagahkan diri untuk masak sup ayam sendiri. Tidak susah pun tapi disebabkan badan yang sakit-sakit hingga berdiri pun rasa menggeletar. Akhirnya berjaya masak sup ayam versi saya.
Sup ayam yang disediakan mudah sahaja. Semua bahan diletakkan memang mempercepatkan proses kebahan. Bahan-bahan sup ayam panas untuk orang demam :

● Ayam
● Bawang putih 1 labu
● Halia 1 ketul
● Habatussauda
● Saleri
● Minyak zaitun
● Air

Tumis bawang putih dan halia yang telah diketuk bersama minyak zaitun. Setelah naik bau, masukkan ayam. Kacau-kacau ayam tersebut. Bila ayam dah nampak masak, masukkan air dan habatusauda. Tutup periuk dan perlahankan api. Kemudian masukkan saleri. Siap masak setelah saleri sudah lembut.

Alhamdulillah pagi ini rasa ok sedikit walaupun masih lagi sakit-sakit badan. Saya juga mengamalkan madu amazing yang dibancuh dengan air suam. 1 botol saya sediakan di sebelah tempat tidur sebab biasanya waktu demam saya akan terjaga banyak kali. Bila terjaga saya akan minum bancuan madu amazing tersebut.

Allah bagi saya demam di awal tahun supaya saya lebih kuat untuk menghadapi tahun 2014. Ramai yang menyatakan tahun 2014 merupakan tahun yang penuh cabaran. Kita sama-sama memohon pada Allah untuk mempermudahkan sepermudah mudahnya segala urusan kita.
Salam 2014 dari saya Nadya Nikman.

You Might Also Like

0 comments