Nota Tanyalah Ustaz | Menikmati Ujian Allah

8:09 PM

Tanda-tanda mereka yang celaka. 
  1. Manusia yang melupakan dosa-dosanya walaupun dosanya belum lagi diberi pengampunan Allah.
  2. Mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan.
  3. Melihat kepada dunia orang yang lebih atas darinya maka kurang bersyukur.
  4. Merasakan lebih hebat dari orang lain dari segi hal akhirat.
Doa ini boleh dibaca sekiranya sudah putus asa dan tidak tahan dengan ujian.
"Ya Allah, hidupkan aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu lebih baik bagiku."

Soalan: Dekat diri dengan Allah dan taat melakukan segala ibadah tetapi kenapa selalu diuji? 

Jawapan : Allah terlalu sayang, Allah nak letakkan kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Amalan yang dibuat tidak sampai ke kedudukan yang Allah nak berikan maka Allah uji dia dengan pelbagai-pelbagai ujian sehinggalah ujian yang diberikan telah menyebabkan dia sampai ke kedudukan yang Allah hendak berikan.

Soalan : Kenapa kita sering menyebut kalimah Allah bila kita sakit dan susah? Bila senang tidak menyebut Allah?

Jawapan : Bila beri kenikmatan kita jarang nak bersyukur. Lagi sukar mengawal diri bila kita dipuji dan diberi kenikmatan.Untuk sentiasa menyebut Allah kala susah dan senang bajalah diri dengan zikrullah. Ketika nikmat dan kepayahan kita akan sentiasa ingat Allah. InsyaAllah


You Might Also Like

0 comments