Cara Kurus Lepas Bersalin

3:56 AM

Artikel ini di ambil dari perkongsian Facebook Cik Puan Siti Aisyah (Kak Bidan Mengurut)


Camna nak stay kurus lepas dh bersalin? Ini jawapan saya.
1. 6 bulan tempoh fully bf....sy xfikir sgt pasal nak kurus. Sy fikir nk maintain berat yg berjaya dikuruskan lepas 44 hari. Nak kurus memang senang. Lepas keluar budak ja dah start dah berat kita turun kan...lepas tu bg yg pantang elok2, makan herba sungguh2, lagilah berat senang nak turun. Akan tetapi, nak maintain berat badan yg berjaya diturunkan itulah mmg susah. So bg sy...as long jarum timbang tak naik dah cukup baik. Fokuskan shj makan makanan berkhasiat dan seimbang sepanjang proses fully bf.

2. Sy makan macam biasa. Tapi ikut cara sunnah. Start with buah...baru wallop makanan ruji. Jenis buah dalam tempoh 100 hari biarlah buat import. Epal orange berries. Lps 100 hari br blh makan buah tempatan. Apa lagi sunnah rasulullah tentang adab makan? Dari jenis makanan sehingga cara makan Rasulullah dah ajar kan. Awat x ikut? Semua tu ada kebaikan utk diri kita juga.

3. Ramai dah tahu. Jenis makanan yg blh n x blh diamalkan ketika berdiet. Atau ketika nak jadi sihat. Elakkan makanan manis dan bergoreng. Tetapi kebanyakkan kita...habis je 44 hari dok tala Goreng Pisang Cheese. Tak pun roti canai sampai 4 keping. Ayam hormon goreng 3 ekor sekali makan. Balas dendam katanya. Badan yg dijaga rapi selama 44 hari ditenatkan lagi dengan makanan2 yg merapu2 zaman kini. Kita lak makan jenis tak reti nak rasa2. Kalau nak rasa kena 5 pinggan baru puas. Merasa tu hujung sudu. Melahap tu bersudu2. Banyak bezanya tu ya.

4. Saya makan nasi 6 kali sehari. Small portion. Cara makan? Makan sebelum lapar. Berhenti sebelum kenyang. Bagi saya baguslah kita ni ada rasa lapar. Maksudnya kita ni normal dan sihat. Tetapi sy agak terkesima ada trend makan ubat tak kasi rasa lapar sbb ubat2 yg mcm ni lambat laun akan beri kesan buruk pada usus dan buah pinggang. Rasa lapar tu xsalah...yg dok melahap tak reti besederhana tu yg patut dipersalahkan.

5. Abaikan nombor di mesin penimbang. Tgk pada nombor di tali tape. Yg penting adalah ukur lilit. Atau jeans lama/kebaya lama dh boleh sarung. Sebab kadang2 nombor di penimbang tu dah masuk berat lebihan "bonjolan" spt boobs and bumps kita. Kantung dah penuh susu of course tambah 2 kg. Punggung lebar sebab dok tadah anak 10 hari 9 bulan tambah lagi 2 kilo. So....aci dop berat badan xmacam dulu? Tak pun, lebihan air yg mmg setiap wanita lepas bersalin akan hadapi. So sila kapak mesin penimbang anda dan pantau ukur lilit anda.

6. Girdle. Sebelum ngandung pakai. Lepas bersalin sidai buat bendera dalam bilik. Alasannya. Tak selesa masa nak makan. So, sbb tu makan tak ingat perut. Wanita zaman dahulu berbengkung pinggang 24 jam utk pastikan mereka makan sikit ttp kerap. Dan selain membantu memgawal nafsu makan...pemakaian girdle yg konsisten membantu memgempiskan perut kita juga. So xdelah habis 100 hari pantang, perut masih nampak memboyot lagi. Itu belum lagi sy nk suruh berbengkung setiap malam sampai kempis perut. Bengkung malam 44 hari pun ada je aci xbuat kan..kan...kan...

7.Fully bf mmg boleh buat org kurus.. tapi....tu zaman dolu2...zaman makanan xde GMO, zaman air boleh cedok kat perigi, zaman sayur berbaja taik ayam lagi. Zaman sekarang.... semua tu dh mustahil. Semua berhormon. So mmg akan ganggu hormon ibu yg fully bf ni. Sbb tu jgn pelik yg fully bf pun blh mengandung. Sbb hormon ibu ni dh bercampur dgn 1001 hormon tiruan dr sumber makanan dan minuman. Kesiankan kita dizaman sekarang....

So bagi saya...jangan dok fikir nk kurus cepat2. Tapi make sure maintain dulu berat badan sehingga tamat tempoh fully bf sampai 6 bulan. Lepas anak dh start dgn solid food, dietlah puas2. Ttp kena ingat ya. Berdiet bukan elak makan. Tetapi kawal makan. Atau dengan lebih tepat, elak makan yg tak elok, lebihkan makanan berkhasiat. Healthy diet atau pemakanan sihat. Itu lagi afdhal.

Bg ibu2 yg masih struggle nk turun berat badan. Jgn stress. Stress juga penyumbang kegemukan.




Enjoy life. Eat healthily. Consume our Malay Traditional herbs especially NR yg membantu kurangkan berat badan tanpa effect pada buah pinggang dan sistem dalaman badan anda. Yg penting selamat. Sebab yg berkesan tak semuanya selamat.

And please....berat badan yg ideal ialah mengikut BMI masing2. Bukan ikut ukur cekak pinggang Che Ta atau size baju Erra Fazira. Common sense.

kredit gambar : Yoann Jezequel

You Might Also Like

0 comments