Sebenarnya cerita ni ada orang kongsi dalam group telegram. Saya sangat tertarik, pernah share pun dalam fb sebelum ni.
Ceritanya cenggini.
Dalam sebuah restoren, tiba-tiba ada seekor lipas terbang dan singgah kat seorang perempuan.
Perempuan tu terkejut dan menjerit ketakutan sekuat hati.
Disebabkan panik, dia mula melompat ketakutan sambil cuba membuang lipas tu. Orang-orang lain yang duduk satu meja dengan dia pun mula panik
Lipas tu terbang kat orang lain pula. Situasi yang sama juga berlaku. Panik satu restoren disebabkan lipas tu.
Datangla seorang waiter untuk meyelamatkan keadaan. Lipas tu tiba-tiba terbang kat waiter tu.
Waiter tu duduk diam sambil memerhatikan lipas yang hinggap kat baju dia. Bila dia dah konfiden, baru dia tangkap lipas tu dan buang ke luar restoren.
Dalam cerita ni bukan salah lipas hinggap kat baju perempuan tu sampai menimbulkan kekecohan. Yang timbulkan kekecohan adalah reaksi perempuan yang panik.
Kalau kita tenang macam waiter tu, tak berlaku pun panik atau kecoh kat restoren tu.
Apa iktibar yang boleh diambil dari cerita ni ialah:
1. Bila berlaku situasi, yang penting adalah cara kita berhadapan dengan situasi tu. Kita perlu respon bukan 'meroyan'.
2. Katakan ada orang yang layan kita buruk dan kita terima hal itu secara negatif, kita yang akan stress. Namun kalau kita bertenang dan buat tak tahu sahaja layanan buruk orang tu, hati kita tak sakit pun.
3. Kita tidak boleh kawal apa orang lain mahu buat namun kita boleh kawal apa yang kita mahu buat.
Jadi sekarang, bila stress kita pilih yang mana?
1. Panik dan serabut atau
2. Bertenang dan cuba selesaikan satu-satu?
Life so short, make it sweet. Senyum sikit okeh?
Satu perkataan penting yang kita selalu terlepas pandang.
Apabila berlaku sesuatu situasi, kita seringkali menunding jari pada orang lain. 1 jari tunding kat orang lain, sebenarnya 4 jari tunding kat kita.
Pada saya, apa-apa yang berlaku PASTI ada sebab. PASTI! Jangan asyik salahkan orang dan kata kita mangsa.
Baru-baru ni ada satu situasi berlaku. Sebelum ni saya pejam mata merasakan perkara ni small matter. Bila diulang berkali-kali saya dapat baca ini attitude punya cerita.
Berapa kali pun masih begitu. Things will never change unless kita change attitude kita dulu.
Orang begini, kita bagi muka pun tak guna. Biar dia terjun dengan labu-labunya. Anggap sahaja dia hanya lalu dalam kehidupan kita. Buat penambah rasa cerita dalam dunia.
Hey, life so short. Make it sweet nadya 😘