Cerita Lipas - Respond Bukan Meroyan

7:24 AM

Sebenarnya cerita ni ada orang kongsi dalam group telegram. Saya sangat tertarik, pernah share pun dalam fb sebelum ni.

Ceritanya cenggini.

Dalam sebuah restoren, tiba-tiba ada seekor lipas terbang dan singgah kat seorang perempuan.                                                                                                                          
Perempuan tu terkejut dan menjerit ketakutan sekuat hati.

Disebabkan panik, dia mula melompat ketakutan sambil cuba membuang lipas tu. Orang-orang lain yang duduk satu meja dengan dia pun mula panik

Lipas tu terbang kat orang lain pula. Situasi yang sama juga berlaku. Panik satu restoren disebabkan lipas tu.

Datangla seorang waiter untuk meyelamatkan keadaan. Lipas tu tiba-tiba terbang kat waiter tu.

Waiter tu duduk diam sambil memerhatikan lipas yang hinggap kat baju dia. Bila dia dah konfiden, baru dia tangkap lipas tu dan buang ke luar restoren.

Dalam cerita ni bukan salah lipas hinggap kat baju perempuan tu sampai menimbulkan kekecohan. Yang timbulkan kekecohan adalah reaksi perempuan yang panik.

Kalau kita tenang macam waiter tu, tak berlaku pun panik atau kecoh kat restoren tu.

Apa iktibar yang boleh diambil dari cerita ni ialah:

1. Bila berlaku situasi, yang penting adalah cara kita berhadapan dengan situasi tu. Kita perlu respon bukan 'meroyan'.

2. Katakan ada orang yang layan kita buruk dan kita terima hal itu secara negatif, kita yang akan stress. Namun kalau kita bertenang dan buat tak tahu sahaja layanan buruk orang tu, hati kita tak sakit pun.

3. Kita tidak boleh kawal apa orang lain mahu buat namun kita boleh kawal apa yang kita mahu buat.

Jadi sekarang, bila stress kita pilih yang mana?

1. Panik dan serabut atau

2. Bertenang dan cuba selesaikan satu-satu?

Life so short, make it sweet. Senyum sikit okeh?

You Might Also Like

0 comments