Hakikat Perkahwinan
7:49 PM
Ada banyak alasan manusia yang
membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?
cuba kita lihat dan manakah pilihan kita?
- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika tidak mendapat kepuasan di
tempat tidur.
- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana HARTA, maka pasangan bakal berubah hati jika bankrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot
atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak
dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula
manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP
kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai
bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga
kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
0 comments