Buat Penuh Kasih Sayang
7:56 PM
Oleh kerana ayah masih tidak sihat jadi pagi-pagi saya sudah keluar menghantar mak ke masjid untuk kelas agamanya. Balik kali ini saya jadi lady driver. Kemana-mana saya akan membawa kereta ayah saya. Encik suami tidak balik kerana urusan kerja. Tidak mengapa, sekali sekala berjauhan apa salahnya.
Lepas hantar mak saya ambil kesempatan ke pasar membeli barang dapur. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan parking dan pembelian. Selepas selesai saya mencari laksam yang disebut-sebut mak. Nampak pula apam balik super sedap.
Disebabkan sudah lama tidak membeli, saya sanggup beratur panjang dekat 45minit. Phewww. Apam balik ni dijual sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya. Didoakan Allah berikan rezeki yang berkat yang deras sederas derasnya hingga banjir buat pakcik dan makcik ini. Aamiin.
Waktu saya tulis post ini saya sudah repeat makan apam balik kali kedua. Hoho. Pakcik dan makcik ni buat apam balik dengan penuh kasih sayang. Sedap sungguh rasanya. Bila kita buat sesuatu dengan penuh kasih sayang, nikmatnya dirasa tanpa perlu dipaksa pun. Jom memberi dengan penuh kasih sayang.
0 comments